BEBERAPA AKHLAK RASULULLAH SAW 1. Rasulullah SAW seorang yang paling dermawan khususnya di bulan Ramadan. 2. Akhlaknya adalah akhlak al Quran 3. Orang yang paling tawaduk 4. Orang yang sentiasa memenuhi keperluan keluarganya. 5. Orang yang paling malu dan tidak menatap lama wajah seseorang yang lain. 6.Orang yang tidak pernah mencela makanan 7. Tempat tidurnya diperbuat daripada kulit yang diisi dengan pelepah kurma. 8. Tidak ada sesiapapun yang mampu menandingi sikap pemurahnya Rasulullah SAW 9. Merendah diri dan peramah ( friendly ) 10. Baginda Rasulullah SAW memiliki sifat lemah lembut yang cukup sempurna 11. Rasulullah SAW juga seorang yang tegas dalam hal2 sepatutnya.
“Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. Difikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti. Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti. Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti. Ada orang, anaknya semua lelaki. Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti. Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku. Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga. Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti. Apa masalah kita sebenarnya? Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia. Di tangan anak. Di tangan suami. Walhal yang jaga kita itu Allah. Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri. Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pa...
Comments
Post a Comment